TOKOH-TOKOH FALAK DAN SUMBANGAN

Tokoh-Tokoh Falak dan Sumbangan

Bidang astronomi telah lama berkembang di dunia Islam, namun kini masyarakat telah melupai beberapa tokoh agung Islam yang telah mengabdikan hidup mereka dalam mengkaji, menyelidiki serta mengembangkan ilmu astronomi selaras dengan tuntutan dalam Al Quran.


Antara tokoh-tokoh agung falak silam yang terkenal antaranya seperti, al-Khawarizmi, al-Biruni, al-Baghdadi, al-farghani, al-Fazari, al-Syatir, al-Tusi, Ibn Tufayl, Ibn Kathir, al-Battani, Jabir, Ibn Aflah, al-Bitruji dan lain-lain lagi. Dalam keterbatasan waktu ini, bahagian Falak akan memperkenalkan beberapa tokoh Falak Islam dan insya-Allah akan meneruskan dengan tokoh-tokoh selanjutnya.

AL-BATTANI (858-929M)

Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-Battani al-Harani as-Sabi. Beliau lebih dikenali dengan nama Albatenius, Albategnus atau Albategni di dunia barat (www.amualumni.8m.com/Scientist.htm-21 Februari 2012). Sumbangan utama beliau ialah penciptaan taqwim iaitu Kitab al-Zij. Dalam buku itu  beliau membincangkan kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam taqwim ketika itu (sivachandralingam dan ayadurai, 2001: 479). Itali C.A Nallino (www.myhomepg4members.fortunecity.com/ 21 Februari 2012). Karyanya, al-Zij mengandungi daftar angka-angka tentang hal ilmu bintang (astronomical table). Buku ini diterjemah ke dalam bahasa Latin dan merupakan sendi dasar daripada astronomi di Eropah untuk berabad-abad lamanya (Abdullah Siddik, 1980: 165).

Beliau telah menyiapkan jadual mengenai gerhana matahari. Karyanya yang masyhur ialah De Scienta dan De Numeris Stellarum et Motibus (tentang sains dan nombor bintang serta pergerakannya) (Jurnal Tasawwur Islam, 1997: 23). Beliau telah memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani juga telah membuat hitungan tentang tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat (www.selangor.gov.my/suklkhutbah- 21 Februari 2012).

Useful Links