Lawatan SJK (C) Hwa Kwong, Bakong Ke Pusat Falak Miri
Posted on 10 Jan 2025
Source of News: Pusat Falak Miri, Jabatan Mufti Sarawak
Pada 9 Rejab 1446 bersamaan 9 Januari 2025, seramai 41 orang peserta dari SJK Hwa Kwong Bakong, terdiri daripada pelajar, ibu bapa, dan guru, telah mengadakan lawatan pendidikan ke Pusat Falak Miri. Turut hadir bersama ialah penghulu dan Kapitan Kawasan Bakong.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu falak serta seni bina Pusat Falak Miri
Sepanjang lawatan, peserta berpeluang mengikuti sesi taklimat korporat Pusat Falak Miri , penggunaan teleskop, dan pengenalan artifak falak. Selain itu, peserta juga melawat galeri pameran yang memaparkan pelbagai maklumat Jabatan Mufti Sarawak, planet, dan Lensa Falak.
Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua pihak.




