Iftar Jama'ie Di Bario

Posted on 14 Mar 2025
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak

Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri oleh Sahibul Fadhilah Pengarah JMS, Ustaz Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini, sebagai tanda kasih kepada komuniti Bario. Seramai 16 buah keluarga dan 19 orang kanak-kanak telah menerima keperluan asas harian dan wang tunai. Bagi mereka, program ini membawa makna yang sangat besar, bukan sekadar juadah berbuka, tetapi lambang kebersamaan, kasih sayang dan perhatian daripada pihak berautoriti agama.

telah dilaksanakan bertempat di Pos Penempatan Tentera Bario dan dihadiri oleh komuniti Islam yang ada di sana. Rombongan JMS disambut mesra oleh penduduk setempat.  Gangguan bekalan elektrik tidak mematahkan semangat komuniti Islam Bario untuk sama-sama meraikan program tersebut. Walaupun dalam suasana sederhana, majlis tetap meriah dan dimulakan dengan perkongsian tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Razalie bin Haji Hussaini, Ketua Penolong Mufti Bahagian Falak, JMS diikuti berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.Iftar Jama’iePada 12 Ramadan 1446 bersamaan 13 Mac 2025, program


Iftar Jamaie 4

Iftar Jamaie 5

Iftar Jamaie 1

Iftar Jamaie 2

Iftar Jamaie 3


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 14 Jan 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup