Kunjungan Hormat Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri

Disiarkan pada 06 Mar 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 6 Mac 2026 - Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Sarawak pada Jumaat, 6 Mac 2026. Kunjungan ini bertujuan membina hubungan strategik antara kedua-dua pihak di samping merakamkan setinggi-tinggi tahniah sempena pelantikan Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim sebagai Mufti Sarawak.

Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Asydidi bin Hamzah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir ialah Encik Atom Anak Peter, Timbalan Pengarah; Encik Wan Azizul Hanaffi bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Penguatkuasa; Puan Suzimawati binti Ramai-No, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam; serta Puan Siti Masrullezziana binti Hamza, Penolong Pegawai Penguatkuasa.

Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan telah memperkenalkan fungsi serta peranan bahagian berkenaan khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan kawalan berkaitan penerbitan bahan agama. Selain itu, perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama strategik bersama Jabatan Mufti Sarawak dalam pelaksanaan program-program di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan program-program yang akan datang.

#JabatanMuftiSarawak
#KDN


















© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup