Menjejak Gerhana, Menghayati Kebesaran Ilahi
Disiarkan pada 04 Mar 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 3 Mac 2026 - Saat bulan perlahan-lahan diselimuti bayang bumi, ratusan mata tertumpu ke langit malam menyaksikan sendiri tanda kebesaran Allah SWT.
Pada ramadhan kali ini, kita berpeluang menyaksikan fenomena yang menarik iaitu gerhana bulan penuh.
Jabatan mufti sarawak tidak melepaskan peluang ini dan telah mengadakan Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Kuching. Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan para jemaah, pegawai jabatan serta komuniti pencinta astronomi dalam satu pengalaman yang sarat dengan ilmu dan penghayatan.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pengarah JMS, Ustaz Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini serta Timbalan Pengarah, Ustaz Khalipah bin Juli.
Pengisian program dimulakan dengan sesi cerapan yang dikendalikan oleh Bahagian Falak bersama rakan strategik iaitu Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia juga turut disertai oleh Dark Sky Malaysia. Melalui cerapan ini, para jemaah dan hadirin yang hadir dapat menyaksikan sendiri femonena alam ini serta memahami hikmah dan kebesaran ciptaan Allah SWT
Solat Sunat Khusuf turut dilaksanakan secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan khutbah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Mohammad Syarifuddin bin Haji Abdul Kadir, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa,JMS
Program ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Mufti Sarawak dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap fenomena astronomi dari perspektif syarak dan sains.
#JabatanMuftiSarawak
#GerhanaBulan2026
#FalakSarawak
#MasjidDarulHana










