Falak Fit Toriq

Disiarkan pada 13 Jun 2025
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Dalam dunia yang sibuk ini, program ini hadir untuk menghidupkan semula rasa takjub terhadap alam ciptaan Allah SWT, mengajak masyarakat untuk berfikir, merasa, dan menyaksikan bahawa langit yang terbentang ini adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Ilahi. Masyarakat berpeluang mencerap objek-objek langit yang selama ini jauh di mata, namun dekat dalam penghayatan iman, dengan menggunakan teleskop seperti Celestron NexStar Evolution 8, GSO Ritchey-Chrétien, dan Skywatcher Esprit 100mm.

Siri pertama telah dilaksanakan pada 21 Syawal 1446 bersamaan 20 Mac 2025 di Pusat Falak Bintulu, Tanjung Batu manakala siri kedua pula pada 24 Zulkaedah 1446 bersamaan 22 Mei 2025 di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu. Pada ketika itu, masyarakat berpeluang mencerap planet Marikh dan Musytari secara langsung. Kebanyakan mereka menzahirkan keterujaan bahawa inilah kali pertama melihat imej sebenar planet melalui teleskop dan pengalaman tersebut meningkatkan penghayatan mereka terhadap ilmu falak dan kebesaran Allah SWT.
 
Siri seterusnya diadakan pada 15 Zulhijjah 1446 bersamaan 12 Jun 2025 bertempat di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade dengan penyertaan 45 orang pelajar Kolej Datu Tun Tuanku Haji Bujang Miri. Cuaca cerah memudahkan peserta menyaksikan bulan purnama dan planet Marikh secara jelas dan menakjubkan.
 
Keistimewaan Falak Fit Toriq terletak bukan sahaja pada pendekatannya yang bersifat interaktif dan praktikal, tetapi juga pada kemampuannya menyatukan antara ilmu dan penghayatan. Falak tidak lagi kelihatan sebagai bidang yang kompleks, sebaliknya dilihat sebagai bidang yang memberi kesan kerana di sebalik penciptaan langit, adanya tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.


Pusat Falak Bintulu, Tanjung Batu

Falak Fit Toriq 1


Falak Fit Toriq 2


Falak Fit Toriq 3



Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu

Falak Fit Toriq 4


Falak Fit Toriq 5


Falak Fit Toriq 6


Falak Fit Toriq 7


Pusat Falak Miri, Luak Esplanade

Falak Fit Toriq 8

Falak Fit Toriq 9

Falak Fit Toriq 10


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 14 Jan 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup