Majlis Penyerahan Tugas Mufti Sarawak

Disiarkan pada 03 Mar 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 2 Mac 2026 — Majlis Penyerahan Tugas Mufti Sarawak telah berlangsung dengan penuh tertib pada Isnin, 12 Ramadan 1447H bersamaan 2 Mac 2026M, bertempat di Dewan Kompleks Islam, Kuching.

Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada mantan Mufti Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, kepada Mufti Sarawak yang baharu, Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim.

Turut hadir menyempurnakan majlis penyerahan tugas ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam); Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Yang Berbahagia Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak; Yang Berbahagia Datu Abang Mohd Shibli bin Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS); Ketua-ketua Jabatan serta warga kerja Agensi Islam Sarawak.

Majlis ini menandakan kesinambungan kepimpinan institusi kefatwaan Sarawak dalam memperkukuh peranan dan tanggungjawab dalam memandu hal ehwal agama Islam di negeri ini.
















© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup