Seminar Fatwa Peringkat Bahagian Kapit 1446H/ 2025M

Disiarkan pada 13 Feb 2025
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Seminar Fatwa Peringkat Bahagian Kapit 1446H/ 2025M yang bertemakan "fatwa Dipatuhi, Ummah Sejahtera" telah berjaya dilangsungkan dengan penuh semangat dan keilmuan pada 13 Syaaban 1446 bersamaan 12 Februari 2025. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit, sebagai satu usaha strategik memperkukuh kafahaman masyarakat terhadap fatwa dan kepentingannya dalam kehidupan seharian umat Islam.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh pegawai dari Bahagian Fatwa, Jabatan mufti Sarawak. Pembentangan pertama oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohammad Syarifuddin bin Haji Abdul Kadir menyentuh isu "Hukum Berkaitan Anak Tak Sah Taraf", satu topik yang sering menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat dan perlu ditangani dengan hikmah dan keadilan syarak. Seterusnya, kertas kerja kedua yang dibentangkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Rizqi Farouq bin Idris membincangkan "Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat Dengan Penggunaan Ubat Atau Suntikan", satu topik kontemporari yang semakin mendapat perhatian di era moden. 

Pembentangan ketiga pula disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ariff bin Suhadat dengan tajuk yang amat signifikan dalam konteks kepelbagaian masyarakat di Sarawak, iaitu "Hukum Haiwan Yang Disumbangkan Oleh Orang Bukan Islam Pada Hari Raya Korban". Akhir sekali, seminar ini ditutupdengan kupasan ilmiah oleh Yang Berbahagia Ustazah Faizatul Aida binti Mateni melalui pembentangan bertajuk "Analisis: fatwa Sarawak Dalam Melahirkan Ummah Sejahtera", yang memberikan gambaran menyeluruh tentang impak fatwa dalam membina masyarakat yang berakhlak dan berilmu.


Seminar Fatwa Kapit 1

Seminar Fatwa Kapit 2

Seminar Fatwa Kapit 3

 


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 14 Jan 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup