Ceramah ini merupakan platform untuk menyampaikan mesej dakwah dan pengukuhan akidah melalui pendekatan kajian falak, astronomi Islam dan mengaplikasikannya dalam ibadah. Ia bukan sahaja memperkenalkan konsep falak secara saintifik, tetapi juga menekankan hubung kaitnya dengan iman dan amal.
Antara intipati penting yang diketengahkan dalam ceramah ini adalah penjelasan tentang fungsi ilmu falak dalam ibadah, seperti penentuan waktu solat, arah kiblat, puasa dan hari raya. Bukan itu sahaja, pencerahan tentang penciptaan objek samawi dengan fungsinya yang tersendiri dan sangat istimewa merupakan bukti kekuasaan Allah SWT. Sejarah perkembangan falak di Malaysia, khususnya di Sarawak juga dikongsikan dalam usaha memartabatkan ilmu falak.
Ceramah ini membuktikan kesungguhan JMS dalam memperkasa falak sebagai medium dakwah kontemporari yang menyentuh akidah, ibadah dan ilmu. Pendekatan yang bersifat pendidikan ini telah membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami hubungan antara langit dan keimanan, antara ilmu dan tauhid.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.