Ziarah Ramadhan Mufti Sarawak 1447H/2026M
Disiarkan pada 11 Mar 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Mukah, 10 Mac 2026 – Program Ziarah Ramadhan Mufti Sarawak telah diadakan di Masjid Darul Falah, Daerah Kecil Igan, Mukah bersempena 20 Ramadhan 1447H. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat, institusi fatwa serta memperkukuh penghayatan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Majlis disempurnakan dengan Amanat oleh Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Mufti Sarawak. Turut berlangsung penyerahan sumbangan kepada masyarakat setempat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada komuniti dalam menyambut Ramadhan. Program diteruskan dengan jamuan berbuka puasa, diikuti solat fardhu Maghrib, Isyak, serta Solat Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah bersama masyarakat setempat. Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara Jabatan Mufti Sarawak dan masyarakat, di samping menyemarakkan penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah, kebajikan dan perpaduan ummah.
#JabatanMuftiSarawak #ZiarahRamadhan






