Pameran Jabatan Mufti Sarawak Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 Tahun 1447H/2026M

Disiarkan pada 09 Feb 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak

Oleh: Ustazah Nur Hashiifah A'liyah Faari'ah binti Abdul Rashid

Serian: Jabatan Mufti Sarawak (JMS) menyertai Pameran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-65 Tahun 1447H/2026M yang berlangsung dari 16 hingga 19 Sya'ban 1447 bersamaan 4 hingga 7 Februari 2026 di Serian Conference Centre.

Pameran JMS berperanan sebagai platform strategik bagi menyebarluaskan dalam kalangan masyarakat terhadap peranan dan fungsi kefatwaan di negeri ini. Penyertaan JMS memberi fokus kepada usaha memperkukuh kefahaman hukum serta membudayakan amalan merujuk sumber yang sahih dalam kalangan pengunjung.

Sepanjang empat hari pameran berlangsung, JMS menyediakan kaunter kemusykilan hukum bagi memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan penjelasan berhubung persoalan agama secara telus daripada pegawai yang bertugas. Inisiatif ini dilihat mampu membantu masarakat merujuk kepada saluran yang tepat dalam menangani isu-isu berkaitan hukum dan fatwa.

Pengunjung juga berpeluang menyemak tarikh kelahiran tahun hijri melalui kaunter transformasi hijri yang disediakan. JMS turut mengambil peluang dalam pameran ini bagi mempromosikan media sosial serta portal rasmi jabatan bagi memudahkan mengakses maklumat dan penyampaian pandangan hukum fatwa dan info falak secara lebih meluas dan efektif. 

Pada masa yang sama, para pengunjung turut diberikan bahan terbitan JMS dan bahan bacaan ilmiah sebagai buah tangan yang dapat dimanfaatkan sebagai panduan serta rujukan berterusan.










© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 24 Feb 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup