Dengan setinggi-tinggi penghormatan dan penuh rasa takzim, kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti, ilmu dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang memegang amanah sebagai Mufti Sarawak.
Pandangan dan nasihat yang diberikan bukan sekadar menjadi pedoman hukum, bahkan menerangi jiwa umat dan memandu arah institusi ini dengan hikmah dan kebijaksanaan.
Selamat bersara, semoga setiap jasa menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dikurniakan Allah Subhanahu wata'ala kesihatan, ketenangan serta ganjaran yang sebaik-baiknya.