Teroka Falak Sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Selatan, Pentas Utama Kampung Telaga Air

Disiarkan pada 20 Jul 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 19 Julai 2026 – Jabatan Mufti Sarawak telah menjayakan pengisian Program Teroka Falak @ Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Selatan yang berlangsung di Pentas Utama, Kampung Telaga Air, Kuching.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mendekatkan Jabatan Mufti Sarawak dengan masyarakat, antaranya Pertandingan Si Cilik Mewarna, Sungazing (Cerapan Matahari), Kuiz Jabatan Mufti Sarawak, Pameran Info Fatwa, Falak dan Jabatan Mufti Sarawak, Kaunter Kemusykilan Hukum serta Kaunter Transformasi Hijri.

Program ini menjadi platform memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai ilmu falak, fatwa dan perkhidmatan Jabatan Mufti Sarawak, di samping mengeratkan hubungan silaturahim selaras dengan aspirasi "Ummah Maju Makmur."

Teroka Falak 1


Teroka Falak 2


Teroka Falak 3





Teroka Falak 4


Teroka Falak 5


Teroka Falak 6


Teroka Falak 7


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 30 Jul 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup