Ucapan Pengarah

 

Ucapan Pengarah





 
Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin segala puji bagi Allah Subhanahu wata‘ala. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu wata‘ala atas segala nikmat dan kasih-Nya mengizinkan kita terus merasai nikmat iman dan Islam. Semoga Allah Subhanahu wata’ala sentiasa memberikan kita kekuatan dan ketabahan dalam menyebarkan syiar Islam serta memandu kesejahteraan ummah.
 
Jabatan Mufti Sarawak (JMS) komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan visi dan misi jabatan dengan melaksanakan fungsi sebagai pusat rujukan utama hal ehwal fatwa dan falak di Sarawak. JMS juga akan sentiasa berusaha dan bekerjasama dalam memajukan perkhidmatan yang sedia ada bagi memudahkan masyarakat untuk mencapai maklumat-maklumat yang diperlukan.
 
JMS menawarkan 6 perkhidmatan dalam talian melalui sistem ini iaitu pertanyaan kemusykilan agama, info fatwa, info falak, jadual waktu solat, koleksi kemusykilan agama (Irsyad) dan bahan terbitan JMS. Perkhidmatan tersebut boleh diakses melalui Portal Rasmi JMS ini dan juga capaian iTibyan dalam aplikasi Sarawak Gov (boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apps Store).
 
Semoga perkhidmatan ini dapat dimanfaatkan dan JMS sentiasa bersedia membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam memastikan penyampaian perkhidmatan disampaikan efisien dan berkualiti.
Selamat melayari portal rasmi kami. Mudah-mudahan bermanfaat hendaknya.
Wassalamua‘laikum warahmatullahi wabarakatuh.

 
 Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini
Pengarah
Jabatan Mufti Sarawak
 

© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 13 Jul 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup