Perutusan Mufti

 

Perutusan Mufti

















 

 

PERUTUSAN 

SAHIBUS SAMAHAH MUFTI SARAWAK

           
 

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin segala puji bagi Allah Subhanahu wata‘ala. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga kita semua tetap dalam pimpinan dan rahmat Allah Subhanahu wata‘ala.

Firman Allah Subhanahu wata‘ala dalam surah al-Anbiya’ ayat 7:

فَسْـَٔلُوْٓا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

                                      “…Maka tanyalah olehmu kepada orang berilmu (ahlu zikr) jika kamu tidak mengetahui.”
 
Ayat ini menyeru agar kita sentiasa merujuk keabsahan sesuatu perkara pada pihak yang betul dan berkepakaran dalam bidangnya.  Ini sejajar dengan peranan Jabatan Mufti Sarawak sebagai badan berautoriti dalam hal ehwal fatwa dan hukum yang menjadi rujukan utama masyarakat.

Setiap permasalahan hukum yang memerlukan fatwa dan jawapan daripada mufti akan melalui berberapa proses penyelidikan fatwa dalam pelbagai sudut. Ia bagi memastikan fatwa yang bersifat waqi’i (realiti) dan memenuhi maqasid syariah serta menjaga kemaslahatan ummah.

Dengan merujuk pada tempat yang betul, kita akan mendapat jawapan yang benar dan berautoriti. Semoga apa yang kami sampaikan dalam Portal Rasmi JMS ini dapat menjadi panduan dalam kehidupan seharian serta mendapat keredhaan Allah Subhanahu wata‘ala.

 

DATU HAJI KIPLI BIN HAJI YASSIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

 

© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 07 Nov 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup