News

 

Bengkel Pengurusan Istinbat Hukum 1445H/2024M

Posted on 29 Feb 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Bengkel Pengurusan Istinbat Hukum 1445H/ 2024M telah berjaya dilaksanakan di Raia Hotel & Convention Centre Kuching selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Syaaban 1444 bersamaan 27 dan 28 Februari 2024. Bengkel pada kali ini dapat dilaksanakan secara bersemuka bersama-sama fasilitator bengkel iaitu YBhg. Profesor Dr. Azman bin Ab. Rahman, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Istinbat Hukum 1445H/ 2024M telah dirasmikan oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah JMS. Beliau dalam ucapannya berharap agar bengkel seumpama ini perlu diadakan pada setiap tahun kerana ia bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan hal ehwal Islam mengenai kaedah pengeluaran hukum. Di samping itu, bengkel ini merupakan suatu usaha dalam meningkatkan kompentensi kakitangan hal ehwal Islam dalam proses pengeluaran hukum.














 


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 13 Jul 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup