Berita

 

At-Tafaqquh

Disiarkan pada 24 Sep 2021

Program At-Tafaqquh Bil.1/2021 telah dilaksanakan pada 16 Safar 1443 melalui platform zoom. Seramai 70 orang peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada JKP Masjid, Guru Takmir, dan Guru Kafa. 

Dalam program tersebut, Ustaz Haji Faizal bin Abdullah telah menerangkan berkenaan pengenalan Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) dalam sesi pertama. Beliau turut menjelaskan peranan dan tugas JMNS dalam memartabatkan hukum syarak berikutan perkembangan teknologi dan cabaran semasa yang semakin kompleks. Sesi kedua pula mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan COVID-19 yang disampaikan oleh Ustaz Ariff bin Suhadat. Beliau telah menjelaskan berkenaan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) dan hukum pengambilan vaksin COVID-19.

Diharapkan dengan adanya program sebegini, peserta yang menyertai dapat memahami kaedah sesuatu hukum atau fatwa yang telah diputuskan serta mendapatkan maklumat dan info yang betul dan tepat melalui sumber yang sahih dan berautoriti. 

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup