Berita

 

Membaca Menambah Ilmu

Disiarkan pada 05 Jul 2021

 

24 Zulkaedah 1442 bersamaan 5 Julai 2021 melakar satu sejarah baru Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) di mana satu Pertandingan Ulasan Buku telah diadakan buat julung kalinya dalam misi memperkasa penghayatan ilmu melalui budaya membaca. 

Seiring dengan aspirasi kerajaan iaitu membudayakan amalan membaca, pertandingan ini telah menyaksikan 12 peserta berkongsi buku yang telah dibaca sekaligus berentap merebut gelaran juara. 

Pertandingan yang telah diadakan melalui aplikasi ZOOM ini dinilai sendiri oleh Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin dan Pengarah JMNS, Tuan Haji Mual bin Haji Suaud. 

Peserta bukan sahaja dinilai berkaitan perkongsian buku yang dibaca namun persembahan pembentangan kreativiti penyediaan slaid juga diambil kira. Bahagian Pusat Sumber JMNS yang mengurussetiakan program ini turut mengambil inisiatif pengimarahan perpustakaan JMNS dengan mensyaratkan agar peserta memilih buku-buku perpustakaan JMNS untuk diulas. 

Antara buku yang telah diulas dalam pertandingan ini ialah Ahkamu Tahiyyatil Masjid, Kronologi Kiamat, What To Do When Thing Go Wrong, Sehari di Neraka, 200 Soal Jawab Hadis, Keajaiban Haiwan Yang Mengubah Dunia, dan lain-lain. 

Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yassin dalam ucapan ulasan jurinya menyatakan perasaan gembiranya kerana semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dan mempersembahkan yang terbaik dalam program ini dan berharap semangat dan kesungguhan ini diteruskan untuk masa akan datang. 

Pengacara Majlis bagi Pertandingan Ulasan Buku JMNS iaitu Ustaz Nur Rahimin bin Rahim. 

 

 

 

 

Antara peserta yang menyertai Pertandingan Ulasan Buku JMNS. 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup