picture

News

 

Informatif dan Interaktif

Posted on 17 Jun 2021

 

Walaupun masih terkesan dengan pandemik COVID-19 tetapi semangat warga kerja Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) dalam memastikan fungsi jabatan dapat dilaksanakan tetap teguh. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, JMNS tetap memastikan info dan maklumat penting terus dapat disampaikan kepada masyarakat dengan pelbagai medium. 

Bahagian Pusat Sumber JMNS yang juga merupakan nadi dalam penyampaian maklumat jabatan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Penulisan Berita dalam talian melalui aplikasi Zoom. 

Bengkel dibimbing oleh Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Nurul Julia Alany Henry dan beliau telah berkongsi tentang kaedah pemilihan tajuk yang menarik supaya dapat menarik minat pembaca. Menurutnya, tajuk yang dipilih hendaklah hanya dalam lingkungan 1 hingga 5 patah perkataan sahaja. 

Selain itu, penyusunan teks berita juga penting agar berita yang ingin disampaikan dapat difahami dan disampaikan dengan baik kepada masyarakat dan ia memerlukan penguasaan tentang sesuatu berita yang hendak ditulis. 

Pengarah JMNS, Tuan Haji Mual bin Haji Suaud juga turut serta sepanjang bengkel ini dan telah menzahirkan harapannya dengan berkata, "Saya berharap, masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas akan penulisan yang disampaikan oleh JMNS."

Meskipun hanya dijalankan secara dalam talian, peserta berpuas hati dan banyak mempelajari kaedah penulisan berita yang berkesan. Segala ilmu yang diperoleh dari bengkel ini pasti akan memudahkan lagi warga kerja JMNS dalam penghasilan berita yang menarik dan berkesan. 

Antara peserta yang menyertai bengkel ini. 

 

 

Perkongsian menarik Puan Nurul Julia Alany Henry dari Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan penyusunan teks berita dan berita yang berkesan.

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 26 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup