News

 

Penyerahan Sumbangan Ramadan 1442/2021

Posted on 29 Apr 2021

Disediakan oleh: Ustaz Hezret Harrani bin Su’uddi

 

Program Sumbangan Ramadan Kepada Keluarga Saudara Baru pada tahun ini diagihkan melalui ketua masyarakat atau wakil kampung sahaja berdasarkan norma baharu bekerja akibat penularan wabak COVID-19. Ia adalah sejajar dengan Standard Operating Procedure (SOP) bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai.

Sumbangan tersebut dijalankan di empat buah kampung yang terpilih di bahagian Kuching dan Serian iaitu:

1. Kampung Darul Falah Temong Tebedu, Serian

2. Kampung Ensebang Jaya, Serian

3. Kawasan Batu Kawa, Banjaran Sarapi dan Matang, Kuching

4. Kawasan Semariang, Buntal, dan Sg. Lumut, Kuching

 

Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 antara lain adalah bertujuan memupuk hubungan silaturrahim yang lebih erat antara Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) dan masyarakat di samping meringankan beban golongan kurang berkemampuan.  

 

 


 

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 24 Jul 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup