Berita

 

CERAPAN BULAN PURNAMA

Disiarkan pada 01 Mar 2021

 

 

Cerapan bulan purnama merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh bahagian Falak secara bulanan. Cerapan yang dijalankan pada setiap pertengahan bulan hijri ini diadakan untuk merakam imej bulan purnama.

Alatan optik yang digunakan untuk mencerap bulan ialah Teleskop GSO 6” F/9 (RC6) , Celestron CPC 800 XLT dan Skywatcher AZ-EQ5 Pro Mount. Pada malam tersebut, keadaan langit amat cerah dan memudahkan kerja mencerap.

Kesimpulannya, Cerapan Bulan Purnama yang dilaksanakan mencapai objektif dan beberapa imej telah berjaya dirakam.

Pegawai-pegawai bahagian Falak



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup