picture

News

 

MAJLIS PENYERAHAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP JMNS) 2021 - 2025

Posted on 13 Feb 2021

 

Bacaan Ikrar Integriti yang diketuai oleh Ustaz Haji Mohammad Fauzi bin Haji Hairani (Dari kiri: Encik Mansor bin Borhan, Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mual bin Suaud, dan Ustaz Haji Mohammad Syarifuddin bin Abdul Kadir)

 

Majlis Penyerahan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah dianjurkan pada 28 Jamadilakhir 1442 bersamaan 10 Februari 2021 dan dihadiri oleh Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION) bersama Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin serta semua kakitangan JMNS.

Dalam amanat yang telah disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, beliau menekankan bahawa OACP JMNS 2021-2025 ini bertujuan untuk mewujudkan kawalan dalaman yang membolehkan usaha-usaha pencegahan awal dapat dilakukan dalam menangani pelakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Beliau juga berharap agar OACP JMNS 2021-2025 ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua kerja JMNS bermula daripada pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat sokongan supaya setiap individu dapat melaksanakan pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 26 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup