News

 

BENGKEL PEMURNIAN DRAF PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) BAGI JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI ORGANISASI DAN SEKRETARIAT PENYELARAS OACP ORGANISASI

Posted on 29 Jan 2021

 

Rumusan bengkel yang disampaikan oleh Pengarah JMNS

 

Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Draf Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 13 dan 14 Jamadilakhir 1442 bersamaan 26 dan 27 Januari 2021 di Bilik Seminar Allamanda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kuching. Bengkel ini dihadiri oleh Pengarah JMNS, Ketua-ketua Penolong Mufti dan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung sama ada dalam pengurusan Fatwa, Falak, Pusat Sumber dan Khidmat Pengurusan. Bengkel ini juga adalah kesinambungan daripada bengkel terdahulu iaitu Bengkel Pembangunan dan Penggubalan Pelan OACP JMNS yang telah diadakan pada 30 November 2020 dan 1 Disember 2020 di Hotel Merdeka Palace, Kuching.

Bengkel ini diadakan bagi menghasilkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JMNS 2021-2025 di peringkat organisasi selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) berdasarkan inisatif mandatori di bawah Strategi 2 iaitu Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan dalam sektor awam. Penghasilan pelan ini diyakini dapat membanteras dan menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi JMNS serta memastikan pelan tindakan dan inisiatif yang digubal dapat dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.

Diharapkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ini nanti dapat menjadi panduan bagi memastikan JMNS menjadi organisasi yang berintegriti, cekap dan bebas rasuah.

 

                         


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup