Berita

 

Bengkel Pemurnian Piagam Pelanggan Dan Carta Fungsi Jabatan Mufti Negeri Sarawak

Disiarkan pada 19 Jan 2021

 

PERBINCANGAN BAHAGIAN FATWA

 

Bahagian Pusat Sumber, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Piagam Pelanggan Dan Carta Fungsi JMNS bertempat di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan Bandaraya DBKU.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk mengkaji semula piagam pelanggan dan carta fungsi JMNS sebagai usaha dalam menambahbaik perkhidmatan JMNS. Bengkel ini dihadiri oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mual Bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta 23 orang kakitangan yang mewakili setiap bahagian di JMNS.

Bengkel ini telah berjaya menghasilkan draf piagam pelanggan dan carta fungsi yang lebih holistik dan terkini. Semoga dengan usaha ini jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

 

                                                                                                               
  

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup