picture

News

 

MAJLIS AMANAT KHAS TAHUN BAHARU YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK

Posted on 17 Jan 2021

 

 

 

Pada 15 Januari 2021, Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat serta menyampaikan amanat beliau kepada warga kerja Jabatan Mufti Negeri Sarawak sempena tahun baharu. Kunjungan Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha disambut Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta warga kerja Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Dalam amanat khas yang disampaikan, Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha mengharapkan agar Jabatan Mufti Negeri Sarawak membuktikan keupayaan dan kemampuan bekerja dengan menggalas tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dengan baik seperti memberi penerangan kepada orang ramai mengenai hukum-hakam di negeri Sarawak. Disamping itu, Yang Berbahagia Datu mengharapkan agar Jabatan Mufti Negeri Sarawak mempertingkatkan mutu perkhidmatan agar dipandang tinggi oleh masyarakat luar serta tidak ketinggalan mengikut perkembangan dunia dan mempertahankan martabat orang Islam. Justeru, Yang Berbahagia Datu mengharapkan agar pegawai-pegawai di Jabatan Mufti Negeri Sarawak menambah ilmu pengetahuan serta mengambil peluang dalam memantapkan kepakaran dan pembangunan Jabatan Mufti Negeri Sarawak. Dalam amanat khas tersebut, Yang Berbahagia Datu juga menyatakan bahawa sebuah Galeri Ibnu Khaldun akan dibangunkan bagi menyimpan khazanah cendekiawan Islam di negeri Sarawak yang akan diuruskan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak. Yang berbahagia Datu juga menyeru agar semua agensi Islam di bawah naungan Majlis Islam Sarawak bergerak maju bersama-sama dalam meningkatkan pembangunan ummah.

Majlis ini diharapkan dapat menjadi salah satu platform dalam merealisasikan visi dan misi seluruh warga agensi Islam di bawah naungan Majlis Islam Sarawak dalam pembangunan ummah di negeri Sarawak.

 

         

 

 

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 26 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup