Berita

 

Bicara Perdana Mufti 2021

Disiarkan pada 14 Jan 2021

Bicara Perdana Mufti 2021 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan melibatkan Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin serta semua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Sarawak. Program ini menjadi platform untuk Yang Berbahagia Datu bagi menyampaikan amanat beliau secara menyeluruh kepada semua kakitangan JMNS. Selain menjadi platform untuk memperdengarkan amanat daripada Yang Berbahagia Datu, turut diselitkan juga Penyampaian Takwim 2021 kepada semua Ketua Penolong Mufti (KPM) setiap bahagian.

Dalam amanat yang telah disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, terdapat beberapa perkara telah diketengahkan. Pertama sekali ialah berkaitan pandemik Covid-19 yang menimpa seluruh negara amnya dan negeri Sarawak secara khususnya. Justeru pandemik ini dibandingkan dengan plandemik yang berlaku di terutama sekali di JMNS. Seterusnya beliau turut menekankan berkaitan cara pemikiran yang melibatkan pemikiran jauh, futuristik dan menyeluruh bagi segenap aspek dalam melaksanakan perancangan aktiviti dalam setiap bahagian. Beliau mengharapkan agar dengan cara pemikiran yang lebih terbuka serta berpandangan jauh akan membolehkan semua staff bertindak secara proaktif dan responsif dalam menjalankan tugas masing-masing di JMNS. Di samping itu, tidak ketinggalan juga penekanan 5 Nilai Bersama iaitu M.U.F.T.I (M - Masuliyyah, U - Ubudiyyah, F - Faqih, T - Tasamuh, I - Itqan) kepada semua staff khususnya kepada staff yang baru. Nilai Bersama ini diharapkan dapat diterap dan disemai oleh semua kakitangan JMNS dalam menggalas amanah dan tugas sepanjang berkhidmat di Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Program Bicara Perdana Mufti ini diharapkan dapat menjadi satu inisiatif jabatan untuk membolehkan semua staff mendengar amanat yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak sebagai permulaan tahun baru. Semoga dengan adanya penganjuran program ini dapat menyuntik semangat semua staff untuk lebih berusaha menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancangkan selaras dengan misi dan visi jabatan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.

 

   
         
       


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup