Berita

 

Bengkel Astrofotografi & Teleskop Siri 2 1442H/2020M

Disiarkan pada 14 Sep 2020

Bengkel Astrofotografi dan Teleskop Siri 2 2020M/ 1442H telah diadakan pada 9-11 September 2020M bersamaan 21-23 Muharam 1442H yang bertempat di Roxy, Sematan. Penceramah yang dijemput dalam bengkel tersebut ialah Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dan Puan Emma Zulaiha Zulkifli daripada Persatuan Pencerap Bintang Sabah. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dapat memperkasakan kemahiran dan kecekapan penggunaan teleskop dalam kalangan pegawai dan meningkatkan kemahiran merakam imej hilal dan objek-objek samawi dengan baik melalui peralatan teleskop dan kamera. Selain itu, para pegawai yang terlibat dapat menghasilkan imej langit yang menarik melalui cerapan dan proses editing.



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup