Irsyad

Irsyad

Al-Quran Braille

IsuAdakah seseorang perlu berwuduk apabila hendak memegang / mengalih kedudukan Al-Quran Braille seperti dalam situasi mengemas rumah?
PenjelasanAlhamdulillah segala puji-pujian selayaknya hanya kepada Allah Subhanahu wataala. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, kepada isteri-isteri Baginda, ahli keluarga, para sahabat seterusnya yang mengikuti jejak langkah sehingga ke hari kiamat.
 
Bagi menjawab persoalan di atas, kita seharusnya memahami makna sebenar apa yang dimaksudkan dengan al-Quran atau mushaf al-Quran itu sendiri. al-Mushaf menurut ulama adalah nama yang ditulis padanya kalam Allah subhanahu wa ta’ala di antara dua kulit serta terkandung di dalamnya keseluruhan ayat al-Quran atau apa yang disebut sebagai mushaf secara uruf atau ditulis padanya sedikit ayat al-Quran seperti hizib.
(al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
 
Selain itu, Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani ketika mendefinisikan maksud mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada ayat al-Quran dengan tujuan pembelajaran seperti kayu atau tiang atau dinding.
(Nihayah al-Zain)
Bagi memahami maksud ayat al-Quran pula, di sini juga kami bawakan pengertiannya menurut Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986. Menurut akta tersebut, ayat Al-Quran adalah meliputi mana-mana bahagian ayat Al-Quran dalam Bahasa Arab.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah kita memahami bahawa Al Quran Brail bukanlah merupakan mushaf al-Quran yang hakiki (sebenar) mengikut takrifan mushaf al-Quran sepertimana yang telah kami nyatakan. Justeru, hukum memegang dan menyentuh al Quran Brail adalah tidak memerlukan wuduk sepertimana mushaf Al-Quran yang sebenar. Malah, di dalam Buku Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan Dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran yang diterbitkan oleh JAKIM turut menyatakan bahawa:  bagi menyentuh dan membawa mashaf al-Quran yang lengkap, pengendali hendaklah mempunyai air sembahyang serta tidak berhadas besar kecuali Al-Quran dalam format cakera optik seperti CD, Brail dan paparan skrin telefon bimbit. Wallahu’alam
 
PautanAl Quran Braille.jpeg
PENJELASAN HUKUM (JMS20231130-002).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 24 Jul 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup