Berita

 

MESYUARAT LEMBAGA FATWA SARAWAK KALI KE-41

Disiarkan pada 30 Nov 2023
Sumber Berita: JMS

Mesyuarat Lembaga Fatwa Sarawak Kali Ke-41 bagi tahun 2023 telah diadakan di Hotel Riverside Majestic Astana Wing, Kuching pada 30 Rabiulakhir 1445 bersamaan 30 November 2023.

Mesyuarat ini telah memutuskan lima tajuk kertas antaranya ialah Hukum Ajaran Suhaini Mohammad (Si Hulk). Menurut ajaran ini, Suhaini bin Mohammad menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang tidak mempunyai jantina. Baginda bukan lelaki dan juga bukan seorang wanita (tidak mempunyai kemaluan). Selain itu juga, kaedah pentafsiran al-Quran yang digunakan oleh Suhaini Mohammad jelas menyeleweng dan menggunakan akal dan hawa nafsu semata-mata kerana tidak merujuk kepada mana-mana tafsir yang muktabar. Fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan ia berkait dengan akidah. 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup