Berita

 

Daurah Fiqhiyyah: Panduan Solat Pesakit Negeri Sarawak 1443H/2022M

Disiarkan pada 26 Jul 2022

Pada 25 Zulhijjah 1443 bersamaan 25 Julai 2022 (Isnin) telah diadakan Daurah Fiqhiyyah: Panduan Solat Pesakit Negeri Sarawak di Auditorium Clinical Research Centre (CRC), Hospital Umum Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Umum Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak. Daurah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohammad Syarifuddin bin Haji Abdul Kadir, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Sarawak (JMS) yang telah membincangkan tentang panduan solat ketika sakit merangkumi kaedah bersuci dan amali solat ketika sakit. Sempena program ini juga, penyerahan Kit Solat Pesakit kepada beberapa hospital terpilih di seluruh Sarawak. Selain itu, turut diadakan simbolik penandaan arah kiblat di Aras 3, Surgical Day Care, Hospital Umum Sarawak. 

 

 

 

 

Acara Simbolik Penandaan Arah Kiblat di Aras 3, Surgical Day Care, Hospital Umum Sarawak:

 

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup