Berita

 

Program Ilmu ke Rumah

Disiarkan pada 28 Oct 2021

Program Ilmu ke Rumah adalah salah satu daripada usaha untuk mengedarkan bahan terbitan Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) sekaligus menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Pada kali ini, program ini telah berjaya dilaksanakan hasil daripada kolaborasi bersama-sama pihak Hidayah Foundation Centre Kuching, Lembaga Amanah Kebajikan al-Hidayah, dan Persatuan Kebajikan Tionghua Islam. Antara objektif program ini adalah membekalkan maklumat fatwa dan hukum dengan lebih proaktif, perkongsian maklumat dengan lebih berkesan, meningkatkan kefahaman dan kesejahteraan ummah serta memasyarakatkan JMNS.

 

10 Zulhijjah 1443 bersamaan 30 Julai 2021: Hidayah Foundation Centre

 

 

22 Safar 1143 bersamaan 1 Oktober 2021: Lembaga Kebajikan Amanah Al-Hidayah

 

 

18 Rabiulawal 1443 bersamaan 26 Oktober 2021: Persatuan Kebajikan Tionghua Islam

 

Semoga usaha JMNS ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan masyarakat mendapat manfaat daripada program ini.



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup