picture

News

 

Az-ziyarah Mufti dan Masyarakat

Posted on 07 Oct 2021

Az-Ziyarah Mufti dan Masyarakat bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan dengan hal ehwal hukum dan fatwa yang telah diputuskan oleh Lembaga Fatwa Negeri Sarawak. Selain itu, usaha ini dapat mengeratkan silaturahim antara Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) dengan masyarakat Islam setempat. Az-Ziyarah Mufti dan Masyarakat pada kali ini telah diadakan di Masjid Darul Khairat, Kampung Bakam Miri pada 9 Safar 1443 bersamaan 6 Oktober 2021. Masyarakat berasa teruja apabila dapat berdialog secara langsung bersama-sama YBhg. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin. Mereka menggunakan kesempatan bertanyakan soalan dan antara soalan yang diajukan termasuklah pandangan Datu Mufti mengenai hukum hakam yang telah diputuskan oleh JMNS berkenaan dengan isu COVID-19. 

Semoga usaha murni yang dilaksanakan demi memartabatkan agama Islam akan sentiasa mendapat sokongan masyarakat dan segala ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. 

 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 26 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup