picture

News

 

Az-Ziyarah di Surau At-Taqwa, Kampung Narum

Posted on 21 Jan 2011

Gambar kenang-kenangan Mufti bersama Penghulu dan Ahli Jawatankuasa Surau

Gambar Kenang-Kenangan Mufti Bersama Penghulu Dan Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa, Kampung Narum Daerah Marudi

Program Ziarah Mufti Bersama Masyarakat (Az-Ziyarah) telah diadakan pada 20 Januari 2011 (Khamis) di surau Al-Taqwa, Kampung Narum, Daerah Marudi.

Kehadiran penduduk Kampung Narum yang amat meriah dan komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan surau telah menjayakan program Az-Ziyarah ini.

Dalam sesi dialog bersama Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli bin Haji Yassin, pelbagai persoalan dan kemusykilan agama diutarakan oleh para hadirin terutama isu-isu berkaitan akidah dan sensitiviti agama Islam yang melanda masyarakat pada hari ini.

Tidak ketinggalan hadirin dari kalangan remaja turut menimbulkan persoalan remaja Islam masakini yang dipenuhi cabaran dalam mempraktik dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Program Az-Ziyarah yang berlangsung sekitar dua jam ini juga telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan Pejabat Mufti Negeri Sarawak dalam mengeluarkan panduan kepada masyarakat Islam terutama berkaitan masalah semasa yang berlaku.

 

Pejabat Mufti Negeri Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 25 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup