Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Sumpah / NazarSumpah / Nazar

SUMPAH/NAZAR

SOALAN:

Bagaimanakah caranya untuk membatalkan sumpah ?

cth:sy tidak akan ke rumah si A lagi, jika saya pergi Allah akan tarik semua rezeki saya..

smga ustaz boleh memberikan jawapan yg meyakinkan.

JAWAPAN:

Contoh Sumpah yang puan lafazkan tidak sah dari segi syarak kerana bersumpah dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Sekiranya puan telah bersumpah seperti contoh tersebut puan hendaklah bertaubat dengan tidak mengulanginya. Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga”. Lalu seorang yang hadir bersama bertanya kepada baginda : Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah: “Ya sekalipun sebatang kayu ara’ (kayu sugi).”

< Kembali