picture

Ucapan

 

Ucapan


 

UCAPAN

SAHIBUL FADHILAH PENGARAH

JABATAN MUFTI SARAWAK


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin segala puji bagi Allah Subhanahu wata‘ala. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu wata‘ala atas segala nikmat dan kasih-Nya mengizinkan kita terus merasai nikmat iman dan Islam. Semoga Allah Subhanahu wata’ala sentiasa memberikan kita kekuatan dan ketabahan dalam meninggikan syiar serta mensejahterakan ummah.
 
Dalam melakasanakan fungsi sebagai pusat rujukan utama hal ehwal fatwa dan falak di Sarawak, Jabatan Mufti Sarawak (JMS) komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selaras dengan aspirasi Sarawak Maju 2030 dan Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) ke arah pendigitalan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti dan berterusan di bawah Sustainable Development Goals (SDG 17).
 
Oleh itu JMS turut serta dalam projek ICT Kerajaan dengan pewujudan sistem iTibyan yang membolehkan pengurusan maklumat hal ehwal fatwa dan falak di JMS lebih sistematik. JMS menawarkan 6 perkhidmatan dalam talian melalui sistem ini iaitu pertanyaan kemusykilan agama, info fatwa, info falak, jadual waktu solat, koleksi kemusykilan agama (Irsyad) dan bahan terbitan JMS. Perkhidmatan tersebut boleh diakses melalui Portal Rasmi JMS ini dan juga capaian iTibyan dalam aplikasi Sarawak Gov (boleh dimuat turun melalui google play dan apps store).
 
Semoga perkhidmatan ini dapat dimanfaatkan dan JMS sentiasa bersedia membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam memastikan penyampaian perkhidmatan disampaikan efisien dan berkualiti.
 
Selamat melayari portal rasmi kami. Mudah-mudahan bermanfaat hendaknya.
Wassalamua‘laikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Tuan Haji Mual bin Haji Suaud

 

© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 25 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup