Kunjungan Hormat Pusat Pengambangan Al-Quran Darul Hana Majlis Islam Sarawak (DHQc-MIS) Ke Jabatan Mufti Sarawak
Posted on 03 Jul 2026
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 2 Julai 2026 – Jabatan Mufti Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana Majlis Islam Sarawak (DHQc-MIS) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohamad Shalahudin bin Marzuki.
Kunjungan tersebut bertujuan memohon sokongan serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Mufti Sarawak, berhubung usaha memperkasa pembangunan dan pengembangan pendidikan Al-Quran di Sarawak.
Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh ukhuwah, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara DHQc-MIS dan Jabatan Mufti Sarawak demi memperkasakan syiar Islam serta pembangunan ummah di negeri ini.