Kunjungan Hormat Daripada YB. Dato' Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Posted on 22 Jul 2026
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 21 Julai 2026 – Jabatan Mufti Sarawak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB. Dato' Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan).
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi di samping bertukar pandangan mengenai pengurusan hal ehwal Islam, pentadbiran kefatwaan, pendidikan serta isu-isu semasa berkaitan umat Islam.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan menjadi asbab kepada lebih banyak kerjasama yang membawa manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.