Kunjungan Hormat Affin Islamic Bank Ke Jabatan Mufti Sarawak

Disiarkan pada 09 Apr 2026
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 8 April 2025 – Jabatan Mufti Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Affin Islamic Bank pada jam 10.30 pagi, bertempat di Jabatan Mufti Sarawak. Delegasi tersebut diketuai oleh Ustaz Syed Muhammad bin Syed Mohamad Nasir, Head of Shariah Supervisory, AFFIN Islamic Bank. Turut serta ialah Encik Sanny Shah Mohd Remy, Head of AFFIN Islamic Treasury; Puan Nazatusyima binti Bujang, Treasury Ambassador; serta Encik Ahmad Sharlie bin Mushar, Senior Relationship Manager, Strategic Business Alliances. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping berkongsi perkembangan terkini serta inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh AFFIN Islamic Bank. Jabatan Mufti Sarawak amat menghargai kunjungan ini sebagai satu platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, serta membuka ruang kepada perbincangan yang lebih luas dalam memperkasa agenda pembangunan ummah di negeri Sarawak.

#JabatanMuftiSarawak #AFFINIslamicBank


Kunjung Hormat Affin 1


Kunjung Hormat Affin 2


Kunjung Hormat Affin 4


Kunjung Hormat Affin 5


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 09 Apr 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman