Terdapat tiga lokasi stesen cerapan rasmi yang telah diwartakan di Sarawak, iaitu Stesen Cerapan Hilal Teluk Bandung, Kuching, Pusat Falak Miri dan Pusat Falak Bintulu.
Pada 29 Syaaban 1446 bersamaan 28 Februari 2025, Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1446H telah berlangsung dengan penuh istiadat di Pusat Falak Bintulu. Majlis ini mendapat penghormatan istimewa apabila diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Yang Berhormat Tuan Iskandar bin Turkee, Ahli Dewan Undangan Negeri N.67 Jepak; Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak; serta beberapa tetamu kenamaan dan jemputan lain. Majlis Rukyah Hilal Rasmi