Jabatan Mufti Sarawak Juara Liqa Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia Kali Ke-3
Disiarkan pada 28 Aug 2024
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Pada 22 Ogos 2024 hingga 26 Ogos 2024, Jabatan Mufti Sarawak (JMS) telah menyertai Liqa Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia Kali Ke-3 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada kali ini, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menjadi tuan rumah dengan 11 acara yang dipertandingkan.
Dalam kejohanan tersebut, JMS telah muncul sebagai JUARA KESELURUHAN diikuti dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (Naib Juara) dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu (Tempat Ketiga).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.