News

 

Program iQ (Iqra’ wal Qalam)

Posted on 05 Jan 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Program iQ (Iqra’ wal Qalam) ialah program berbentuk pertandingan yang memerlukan peserta untuk membaca buku dan mengolah ulasan buku tersebut dalam bentuk artikel. Para peserta bebas untuk memilih buku sama ada daripada Perpustakaan Jabatan Mufti Sarawak atau daripada koleksi masing-masing.

Program ini telah dilancarkan oleh Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak, semasa Bicara Perdana Mufti pada 16 Jamadilakhir 1444 bersamaan 9 Januari 2023. Beliau telah menyeru warga kerja supaya merebut peluang ini dalam memastikan amalan membaca sentiasa dipupuk di samping mengamalkan persaingan secara sihat.
Setelah sembilan bulan program ini dilaksanakan, akhirnya pertandingan ini telah melabuhkan tirainya pada 16 Rabiulakhir 1445 bersamaan 31 Oktober 2023. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana urus setia telah menerima 104 buah artikel daripada 15 penyertaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah dilaksanakan semasa Bicara Perdana Mufti Tahun 2024.





















© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 08 Oct 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup