Pada 17 Zulqa‘dah 1445 bersamaan 26 Mei 2024, Program Falak Fit Toriq telah dilaksanakan di Masjid al-Muhtadin Saratok yang dihadiri seramai 100 orang hadirin. Program ini merupakan program jerayawara falak bagi memperkenalkan ilmu falak kepada masyarakat melalui pameran peralatan falak dan dibuka kaunter seperti soal jawab hukum, klinik al-Fatihah, transformasi hijri dan edaran bahan terbitan Jabatan Mufti Sarawak.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.