Kursus Sijil Falak (Modul 3 : Takwim Hijri Kontemporari)
Disiarkan pada 13 May 2024
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Jabatan Mufti Sarawak telah mengadakan salah satu Kursus Sijil Falak (Modul 3 : Takwim Hijri Kontemporari) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA bertempat di Pusat Falak Miri pada 8-10 Mei 2024 yang disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Baharuddin bin Zainal, Felo Penyelidik Wakaf, (INSPIRE) dan Ustaz Haji Razalie bin Haji Hussaini, Ketua Penolong Mufti, Bahagian Falak, JMS.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.