News

 

Kursus Pensijilan Kitab Turath: Kitab ’Ajaibul Makhluqat Wa Ghara’ibul Maujudat Siri 3

Posted on 17 Jun 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Dari itu Jabatan Mufti Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Kursus Pensijilan Kitab Turath: Kitab ’Ajaibul Makhluqat Wa Ghara’ibul Maujudat Siri 3 yang telah diadakan di New World Suites Bintulu & Pusat Falak Bintulu yang merupakan kesinambungan daripada program yang sebelumnya di Sri Aman dan Lawas. Objektif kursus ini ialah peserta dapat menguasai ilmu falak berdasarkan dalil naqli dan aqli serta menjelaskan kepentingan ilmu falak dalam akidah dan ibadat dalam kalangan peserta.

Program ini diadakan pada 12 – 14 Jun 2024 bersamaan 5 – 7 Zulhijjah 1445 disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak Panel Pakar Falak JAKIM yang tidak asing lagi dalam ilmu falak khususnya.  Kursus ini melibatkan agensi agama di Sarawak, Jabatan Tanah dan Survey, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dan Pejabat Mufti Seluruh Malaysia.

































 


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 08 Oct 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup