News

 

Program Al-Falak 1445H/2024M

Posted on 19 Feb 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Program Al-Falak 1445H/ 2024M merupakan medium bagi menyampaikan kepentingan ilmu falak dan kaitannya dengan kefahaman akidah dan ibadah kepada generasi muda di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan ilmu falak dalam kalangan generasi muda dan menanam minat peserta untuk mendalami ilmu falak. Program ini juga mampu meningkatkan penghayatan mengenai kepentingan dan kaitan ilmu falak dalam akidah dan ibadat umat Islam.

Pada 6-8 Syaaban 1445 bersamaan 16-18 Februari 2024, program ini telah dilaksanakan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) yang disertai oleh 106 orang pelajar semester 2 Diploma Dakwah Islamiyyah IKMAS dan rata-ratanya berumur antara 19 hingga 21 tahun.

Program ini merupakan antara program jabatan yang amat menarik minat peserta kerana pengisiannya berkonsepkan fun learning.  Selain daripada sesi ceramah, aktiviti seperti Kasrul Jalid (Ice Breaking), al-Ikhtira’ (Reka Cipta) dan al-Harwalah (Falak Treasure) juga dilaksanakan. Sepanjang aktiviti dijalankan, para peserta bekerjasama dalam kumpulan dan telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang dinamakan sempena objek langit iaitu kumpulan Bumi, Matahari, Pari, Belantik, Zuhal, Nebula, Jupiter, Biduk, Mintaka dan Bulan.


























© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 08 Oct 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup