News

 

Bengkel Pembangunan Pusat Astronomi Borneo

Posted on 31 Jan 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak
Pada 29 dan 30 Jamadil Akhir 1445 bersamaan 10 dan 11 Januari 2024 bertempat di The Waterfront Hotel Kuching, telah diadakan Bengkel Pembangunan Pusat Astronomi Borneo yang memfokuskan perbincangan berkaitan idea-idea pameran di Pusat Astronomi Borneo kelak.

Bengkel ini dihadiri oleh Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Haji Wan Shaifuddin bin Haji Wan Madihi, Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, pihak daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak, konsultan-konsultan dan beberapa orang pakar falak seperti Dr. Mohd. Hafiz bin Mohd Saadon, Pensyarah Kanan daripada Universiti Malaya, Prof. Madya. Dr. Baharuddin Zainal, Felo/ Pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) serta Tuan Zamri Shah bin Mastor, Pegawai Sains daripada Planetarium Negara.






















© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 13 Jul 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup