News

 

Perhimpunan Jabatan

Posted on 28 Feb 2024
Source of News: Jabatan Mufti Sarawak

Pada 27 Februari 2024 (Isnin), telah diadakan Perhimpunan Jabatan yang pertama untuk Jabatan Mufti Sarawak bagi tahun 2024 bertempat di ruangan pejabat Jabatan Mufti Sarawak. Perhimpunan Jabatan merupakan aktiviti bagi menyelaras maklumat atau perkembangan semasa jabatan. Ia juga merupakan wadah bagi merapatkan silaturahim kakitangan jabatan dan merupakan platform untuk Sahibul Fadhilah Datu dan Sahibus Samahah Datu bagi menyampaikan pesanan dan amanat secara menyeluruh kepada semua kakitangan JMS. Penceramah AADK, Tuan Awang Ekshaan bin Awang Bunsu, juga telah dijemput bagi memberikan ceramah bertajuk ‘Tempat Kerja Bebas Dadah’.

Dalam kesempatan ini, Bulan Al-Quran dan Bahasa Arab (BAQBA) juga turut diadakan dan telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datu Mufti. Program Perasmian BAQBA telah dimulakan dengan bacaan Hafazan oleh Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Ustaz Haji Mohamad Syarifuddin bin Haji Abdul Kadir dan seterusnya simbolik penyerahan buku nota dan latihan BAQBA.














 

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup