Berita

 

Karnival Falak Nusantara 1444H/2023M

Disiarkan pada 10 Jul 2023
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak

Pada 18-20 Zulhijjah 1444 bersamaan 7-9 Julai 2023, Jabatan Mufti Sarawak telah mengadakan Karnival Falak Nusantara 1444H/2023M bersempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di Tebingan Sungai Kuching dan Masjid India Bandar Kuching.
Karnival yang bertemakan ‘Astronomi: Korelasi Jagatraya dan Manusia’ ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Karnival ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran ummah mengenai kepentingan ilmu falak dan astronomi. Selain itu, ia juga boleh membuka ruang dan peluang kepada generasi baharu untuk mendapatkan dimensi baharu ilmu falak dan astronomi. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan korelasi antara perubahan iklim dunia dan ilmu falak serta astronomi.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival ini. Antaranya ialah Pertandingan Bertemakan Falak, Skygazing (Istiksyaf As-Sama’), Jualan Buku Falak dan Astronomi, Astronomy Talk serta Sembang Santai Falak. Selain itu, turut diadakan Ekspo Falak dan Astronomi yang melibatkan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara seperti Jabatan Tanah & Survei, Jabatan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Centre Of Techninal Sarawak (CENTEXS), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Jabatan Mufti Se-Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Petrosains dan Universitas Muhammadiyah Sumatera (UMSU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa).



Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin menyampaikan amanat sebelum bermulanya program.











Pertandingan Bicara Berirama yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah.





Pemenang pertandingan bicara berirama:

Johan- SK RPR Jalan Astana
Naib Johan- SK Bandar Samariang
Tempat Ketiga- SK Semerah Padi




Pelajar-pelajar melawat dan membuat aktiviti di booth pameran.





Antara peserta pertandingan mewarna




Pemenang-pemenang pertandingan mewarna: 

Johan- Afya Inara (Little Caliphs Gita Jaya)
Naib Johan- Alya Hazira binti Mohd Hishamuddin (Tadika Tahfiz Hikmah Kuching)
Tempat Ketiga- Awgku Mohd Faiq bin Awgku Mohd Suffian (Tadika Tahfiz Hikmah Kuching)




Penerangan berkenaan Kalendar 200 tahun kepada pelajar.




Pemenang pertandingan Al-Harwalah (Falak Treasure):

Johan- SMK St. Joseph
Naib Johan- SMKA Tunaz
Tempat Ketiga- SM Sains Kuching Utara





Persembahan Angklung dari kumpulan Buloh Gegar Hikmah




Karnival Falak Nusantara yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak










Pertandingan DIY Water Rocket




Pemenang bagi pertandingan DIY Water Rocket:

Johan- SMK (A) Tun Ahmad Zaidi
Naib Johan- SMK Petra Jaya
Tempat Ketiga- MRSM Kuching









Orang awam yang turut mencuba menggunakan  teleskop Celestron Nexstar Evolution 8: 77/22/000730




Orang awam yang turut mencuba menggunakan Cermin Mata Solar untuk melihat matahari dan sunspot





Orang awam yang turut mencuba menggunakan teleskop Skywatcher Esprit 100mm Super Apochromatic Triplet Refractor






Astronomy Talk yang diadakan di Masjid India Bandar Kuching





Astronomy Talk disampaikan oleh Dr. Mohd Hafiz bin Mohd Saadon yang bertajuk Astronomy Talk: Ilmu Falak Jendela Alam



 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 29 Nov 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup