Berita

 

Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i 1444H/ 2023M

Disiarkan pada 22 May 2023
Sumber Berita: Jabatan Mufti Sarawak
Kuching, 17-18 Mei 2023 – Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i merupakan satu inisiatif perkongsian Ilmu dalam usaha Majlis Islam Sarawak khususnya Jabatan Mufti Sarawak untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan hukum dan kefatwaan. Seminar ini adalah anjuran bersama Jabatan Mufti Sarawak dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). 

Seminar ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim. Turut hadir adalah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

“Kelestarian Fiqh As-Syafi’ Dalam Memacu Kecemerlangan Ummah” diangkat sebagai tema seminar kali ini selaras dengan objektif penganjurannya iaitu:

i.          Mengenali Dengan Lebih Mendalam Ketokohan Imam As-Syafi’i
ii.         Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Dalam Fiqh Mazhab As-Syafi’i
iii.        Meletakkan Fatwa Sebagai Rujukan Hukum Berwibawa Dalam Menyejahterakan Ummah
iv.     Menjunjung Kedudukan Institusi Kefatwaan Sebagai Badan Autoriti Ke Arah Melestarikan Masyarakat Faham Agama
 
Tedapat Sembilan (9) sesi pembentangan telah berlangsung yang mengupas tema seminar dalam pelbagai sudut seperti Perkembangan Fiqh As-Syafi’i, Pengaruh Imam As-Syafi’i dalam Pengeluaran Fatwa dan Kelestarian Fiqh As-Syafi’i dalam Mendepani Isu Semasa. Seminar kali ini mengumpulkan pakar-pakar Mazhab As-Syafi’i dari pelbagai negara antaranya dari Jordan, Yaman, Brunei, dan Indonesia selain pembentang dari dalam negara.Turut dilancarkan di dalam seminar ini adalah Pelancaran Buku Penyingkap Hukum Siri 5.

Semoga usaha ini dapat memberi impak yang signifikan dalam dunia Islam terutama dari sudut penyelarasan fatwa dan mengharmonikan perbezaan pendapat yang sering menjadi isu.


Amanat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri



Ucapan alu-aluan oleh Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak







Perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i 1444H/ 2023M



Pelancaran Buku Penyingkap Hukum Siri Ke-5 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri



Perasmian pameran sempena Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i 1444H/ 2023M




© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 07 Nov 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup