News

 

Bengkel Penyediaan Balanced Scorecard 2023 Dan Pelan Strategik Jabatan Mufti Sarawak 2020 - 2024

Posted on 30 Jan 2023

Miri, 25 – 28 Januari 2023 – Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Mufti Sarawak (JMS) telah mengadakan Bengkel Persediaan Balanced Scorecard (BSC) 2023 dan Pelan Strategik Jabatan (PSJ) 2020 – 2024. Program ini diadakan bagi menentukan KPI yang akan dinilai oleh pihak JMS bagi tahun 2023 dan juga menilai pencapaian PSJ JMS bagi tahun 2020 – 2022 (Fasa Pertama) dan merancang fokus bagi PSJ Tahun 2023 – 2024 (Fasa Kedua).

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud dan Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Al-Fadhil Ustaz Haji Wan Shaifuddin bin Haji Wan Madihi.

Program ini telah berjaya menggariskan perspektif-perspektif KPI yang akan dinilai bagi tahun 2023. Bilangan KPI yang akan dinilai bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

 

  • 3 KPI Customer Service Perspective
  • 3 KPI Financial Perspective
  • 9 KPI Internal Process Perspective
  • 2 Organizational Capacity Perspective

 

Program ini juga telah berjaya melaporkan pencapaian PSJ JMS bagi tahun 2020-2022. PSJ JMS telah berjaya mencapai 54.21% daripada 60%. Manakala, bagi baki 40%, akan dinilai pada tahun 2023-2024.

Melalui penganjuran bengkel ini, JMS telah berjaya menyelaras BSC 2023 supaya bergerak seiring dengan PSJ JMS 2020-2024. Semoga penganjuran bengkel ini memberikan manfaat kepada warga kerja JMS dalam mengoptimalkan gerak kerja JMS dalam menjadi ’Menjadi Institusi Mufti Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam’.

 



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup